Hectic Schedule

12 11 2008

Assalamualaikum…

Hmmm… Terus terang saya katakan, setelah lama saya tak berblog, antara sebabnya adalah jadual yang cukup ketat. Sejak mula bekerja, saya mula merasai tempias kesibukannya. Bekerja di hospital walaupun bukan doktor tetapi kena dan terpaksa ikut rentak doktor jugak. Apatah lagi sistem yang dibangunkan berkait juga dengan pesakit. Pesakit ni cukup penting untuk dijaga sebab melibatkan nyawa manusia.

Kebelakangan ni memang saya tak begitu sempat nak melakukan programming. Semakin banyak tugas pentadbiran yang perlu dilakukan. Contohnya dua hari lepas kena berbengkel mengenai belanjawan untuk 2010 dan 2011. Sebelum ni saya pernah kena masuk untuk Bajet RMK-9. Sekarang ni kalau ketua unit saya tak ada, saya kena ganti.

Sambil tu kena pula prepare laporan-laporan, minit mesyuarat, surat menyurat, statistik dan lain-lain memang cukup membebankan. Tapi itulah tugas. Saya tak boleh merungut dengan bebanan tugas sebab sebelum diambil bekerja, saya dah berjanji untuk laksanakan segalanya. Cuma biasalah kudrat manusia memang ada keterbatasannya. Yang penting sentiasa positif.

Next week nak kena present satu submodul. Memang kena bekerja keras la ni. Dah dua malam saya berkampung di pejabat. Malam ni rasanya kena lagi. Adoi! Memang letih dan secara peribadi saya amat sukakan kerjaya saya cuma dalam masa yang sama saya kasihankan anak isteri saya. Masa saya bersama depa memang agak terhad kalau waktu waktu sibuk macam ni. Kadang kala depa pun kena mai office sekali dengan saya. Hehehe… Apa pun terima kasih sayang atas pengorbanan…

Oklah, saya kena smabung tugasan saya. Rambut saya dah panjang tak dipotong lagi. Tak tahulah bila free nak potong. Banyak kerja yang terpaksa dibereskan sebelum saya bercuti next week. Nak tak nak kena berjuang dan berfikiran positif!

Wassalam


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: