Naik

10 11 2008

Sedikit ilmu yang saya ingin berkongsi bersama. Harap jika ada kesalahan, anda betulkan saya.

Saya teringat kepada teguran guru Bahasa Melayu saya suatu ketika dahulu apabila saya menggunakan ayat “Naik ke atas”. Sekali imbas nampak macam tiada kesalahan bahasa tetapi sebenarnya “Naik” sahaja sudah memadai kerana jika kita rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat halaman 1065, perkataan “Naik” bermaksud bergerak ke atas. Jadi mengapa mahu ditambah ke atas lagi?

OK itu sahaja yang ingin saya kongsi bersama hari ini. Semoga anda ceria sentiasa šŸ™‚