Jururawat Lahir Bayi Lelaki Terberat 5.32kg

9 11 2008

ALOR STAR: Seorang bayi lelaki seberat 5.32 kilogram (kg) yang dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, mencipta rekod apabila diiktiraf sebagai bayi terbesar di negeri ini.

Bayi itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan pada jam 1.33 pagi kelmarin oleh ibunya, Sumairah Fakrolrazi, 25, di Dewan Bedah HSB.

Sumairah jururawat di dewan bersalin hospital itu terkejut apabila dimaklumkan berat bayinya itu kerana sebelum ini doktor yang melakukan ujian imbasan terhadapnya memberitahu, bayi dalam kandungannya hanya seberat 3.5 kg, katanya ketika ditemui di wad bersalin HSB, di sini, semalam.

source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Nasional/20081108235242/Article/index_html (09/11/2008)

SubhanAllah… Maha suci Allah…





Aqiqah Permata Hatiku

9 11 2008

Hmmm… Permata hati saya sudah pun berusia 2 tahun 2 bulan. Sehingga dia mencecah dua tahun saya masih lagi belum melakukan ibadah Aqiqah buat dirinya. Cukup banyak halangan yang melintang hingga saya gagal menyempurnakannya. Alhamdulillah setelah sekian lama dan setelah rezeki mencurah-curah datang, saya berjaya menunaikannya.

Cuma ia agak berbeza dariapada rakan-rakan saya. Saya mengambil keputusan untuk melaksanakan Aqiqah di Kemboja. Mengapa Kemboja?

Sebenarnya sebelum ini saya pernah menyaksikan dokumentari ringkas umat Islam di Kemboja. Di sana kebanyakannya adalah dari suku kaum Melayu Champa. Mereka ditindas pada zaman khmer Rouge memerintah hingga berlakunya pembunuhan etnik. Namun masih terdapat segelintir yang terselamat hingga kini dan tetap dengan Agama Islam. Mereka dihimpit kemiskinan yang mencengkam. Mereka kekurangan serba serbi.

Tatkala menyaksikan semua itu, terdetik dalam hati saya betapa mereka perlu dibantu. Saya teringat kata seorang Ustaz yang berkata, “Sepatutnya Umat Islam ini menganggap diri mereka sebagai satu bahagian badan. Jika peha kiri dicubit, peha kanan akan terasa juga. Begitulah sepatutnya jika kita menyaksikan penderitaan saudara Islam kita di Afghanistan, Iraq, Palestin, Filipina, Bosnia, Chechnya, Myanmar, Kemboja dll”

Atas dasar itu saya membuat keputusan untuk melaksanakan Aqiqah di sana agar mereka di sana tidak terjerumus ke arah yang salah. Mungkin atas usaha kecil kita, mereka mendapat inspirasi dan semangat untuk terus bangkit membaiki diri dan mengubah nasib mereka.

Ia menjadi semakin mudah dengan adanya pihak yang menjadi penghubung kepada usaha itu. Ia dilaksanakan oleh Al-Ameen Serve Holdings. Anda boleh menjengah ke Laman Korban Aqiqah untuk maklumat lanjut.

15% daripada yuran penyertaan anda akan disalurkan kepada Syiar Islam di Kemboja.

Saya juga dah dapat sebuah novel ‘Puisi Untuk Esdyzuar’ yang diberikan percuma kepada peserta Korban Aqiqah di Kemboja ini.

Saya sedang fikirkan pula soal Korban. Mungkin bukan di Kemboja apatah lagi Malaysia. Kita dah terlebih makan (Contohnya saya. Hehehe…) Kali ini saya mengintai Mindanao pula. Saya sedang serius memikirkannya. Untuk maklumat lanjut boleh klik sini.

Apa pula pandangan anda?