Harapan Menggunung Terhadap Obama

6 11 2008

Nampaknya isu Obama ini begitu serius dibicarakan oleh rakyat Malaysia. Hmmm… Sememangnya Obama adalah seorang pemimpin yang cukup diharap untuk mengubah lanskap politik dunia. Saya meneliti beberapa ucapan tahniah dari pemimpin kita sama ada kerajaan BN atau pun pakatan rakyat. Semuanya senada mengharapkan berlakunya perubahan dalam dasar luar Amerika.

Tindakan pertama beliau amatlah dinanti oleh dunia. Di sini kita akan dapat buat penilaian awal sama ada Obama bakal mengkuti jejak langkah Bush atau beliau berani merubah keadaan. Antara yang bakal kita lihat ialah:-

1. Dasar Amerika terhadap krisis di Palestin, Iraq, Iran, Afghanistan.
2.  Hubungan Diplomatik dengan Israel.
3. Perspektif Pengganas
4. Status tahanan Teluk Guantanamo.
5. Tindakan segera memulihkan ekonomi Amerika.

Itu antara beberapa perkara yang akan diperhatikan dan penilaian awal akan dilakukan berdasarkan perkara tersebut. Sebagai seorang pemimpin negara besar, sudah pasti beliau akan terdedah dengan pelbagai kritikan dan tidak lekang dari lensa media. Begitu juga dengan pelobi-pelobi Yahudi yang sudah lama bersiap sedia mempengaruhi beliau.

Sebab itu saya berasa pesimis dengan harapan menggunung semua pihak yang mahu menyaksikan berlaku perubahan besar bagi Amerika. Dalam tulisan saya sebelum ini saya dah jelaskan berkenaan hal tersebut dan saya sentiasa berharap saya salah!

Sebenarnya kita sebagai umat Islam harus meletakkan diri kita sebagai ejen peneraju perubahan terlebih dahulu. Mengharapkan orang lain melakukan perubahan adalah sesuatu yang amat berisiko. Dalam keadaan dunia kini, kita harus mengakui bahawa kita sudah jauh ketinggalan tetapi kita masih mampu mengejar dengan syarat perpaduan umat Islam berada pada satu tingkat yang cukup jitu. Hmmm… Melihatkan keadaan semasa dalam negara, ia memang jauh panggang dari api.

Berbalik kepada isu Obama, setakat artikel ini ditulis, carian saya menerusi news.google.com masih lagi belum ada berita tentang langkah pertama Obama. Mungkin dalam tempoh 24 jam lagi akan ada tindakan pertama Obama yang bakal menjadi bualan hangat serata dunia. Yang pasti harapan terhadap Obama menggunung tinggi.

Saya amat berharap saya salah… Sama-sama kita nantikan…


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: