Obama Menang Presiden US

5 11 2008

Obama memang diletakkan harapan tinggi untuk menjadi jambatan antara US dan negara-negara Islam yang sentiasa dianggap sebagai pengganas di mata Negara Uncle Sam tersebut. Latar belakang Obama yang berasal dari Kenya dan pernah menetap di Indonesia dan pernah beragama Islam sedikit sebanyak menjadi taruhan walaupun ada pro dan kontra.

Dilihat muda, lebih berkarisma dan bijak berhujah, Obama memang menjadi pilihan rakyat Amerika yang sudah cukup bosan dengan dasar luar mereka dan mereka mahu kebimbangan diselubungi kemelesatan ekonomi dapat diredakan.

Obama menggunakan pendekatan kempen yang lebih segar dengan menggunakan sepenuhnya kuasa Internet dan juga kempen konvensional serta berani menghuraikan dasar-dasar baru kepada rakyat Amerika. But for me, saya berasakan bahawa sesiapa pun yang menjadi pemimpin US tidak akan memberikan perbezaan yang jelas dalam dasar terhadap negara Islam.

Terrorist atau pengganas sudah sinonim dilabel kepada apa jua yang bersangkutan dengan Islam. Ini kerana pengaruh Yahudi sudah pun meresap ke dalam kedua-dua parti yang terbabit di US iaitu Demokrat dan Republikan. Mubaligh mubaligh Yahudi sudah pun merekrut cendekiawan muda Yahudi dan diletakkan di kedua-dua belah kem parti. Mereka ini memainkan peranan besar dalam pembentukan dasar-dasar parti tersebut. Jadi siapa yang menang pun akan melalui mereka sebelum setiap dasar dapat dimuktamadkan.

Cendiakawan Yahudi ini begitu bijak dan pintar berhujah. Mereka mampu menghuraikan keadaan politik dunia semasa menurut perspektif mereka dan cukup bijak mempengaruhi pemimpin mereka. Tidak hairanlah kita boleh lihat dasar Bush yang cukup tempang apabila kita tahu bagaimana personaliti Bush hingga ada penganalisis menganggap Bush seperti ‘rusa masuk kampung’.

Walaupun ramai memperkatakan tentang dasar baru oleh Obama yang akan mengubah senario politik dunia ke arah kebaikan, saya lebih berasa skeptikal jika diturut senario yang wujud di US. Saya berharap pendapat saya salah dan Obama ada keberanian untuk melakukan reformasi politik di negara yang menganggap mereka adalah Polis dunia.

Cuma pengalaman lepas menunjukkan bahawa sesiapa sahaja yang menang Presiden US akan mengikut telunjuk penasihat-penasihat Yahudi ni. 

Mana tahu kali ini ada perubahan… Wallahu’alam.

Apa pun Tahniah Obama! 





Kualiti Teras Kejayaan

5 11 2008

Apa Saja Yang Susah Akan Menjadi Mudah Sekiranya Semua
Bersatu Berusaha
Kualiti Teras Kejayaan Bertambah Keuntungan
Kerja Seikhlas Hati Sempuerna Pekerjaan
Kita Bantu-Membantu Bertukar-tukar Fikiran
Bersatu Kita Maju
Ke arah Kemakmuran
Kita Tegur-Menegur Kerana Kebaikan
Berusaha Dengan Jujur Mencapai Kejayaan

Bait-bait di atas merupakan senikata lagu Kualiti. 

Alhamdulillah… Saya terpilih untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat UKM bagi tahun 2007. Majlis penyampaian Anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YTM Pro Canselor UKM Merangkap Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Tunku  Naquiuyuddin Ibni Tuanku Jaafar. Memang majlis ni cukup grand macam konvokesyen dulu.

Cumanya letih menanti. Bayangkan saya yang tak berapa sihat mai jam 7.30 di DECTAR. Pukul 9 baru mula. Adoi letihnya menanti! Pukul 12 baru habis. Hmmm… Memang sedikit meletihkan…

Apa pun Alhamdulillah…

apc2007

Sampul Sijil Anugerah

apc2008a

Sijil Anugerah

apc2008b

Ganjaran Anugerah





Mini Open House

5 11 2008

Assalamualaikum

Pertama Kali saya ucapkan maaf kepada semua yang baca diari saya ni. Sememangnya saya tak dapat nak invite semua ke Open House saya secara kecil-kecilan baru-baru ini. Saya just jemput adik beradik terdekat sahaja. Bukannya apa, saya dan wife masih belum ready untuk buat pada skala yang besar dengan pelbagai kekangan yang wujud. Jadi yang simple sahaja dapat dilakukan.

InsyaAllah next time kemungkinan besaq selepas masuk rumah baru, saya akan buat dan invite lebih ramai. Jadi saya kongsikan dengan anda menu yang ada tempohari.  Jangan terliuq pulak!

bihunopenhouse2008Bihun Tomyam
airopenhouse2008Air Grape

ayamopenhouse2008

Ayam Masak Merah

nasitomatoopenhouse2008Nasi Tomato

Biasa-biasa ja…