Apa itu Managed Beans?

23 10 2008

Managed Beans adalah apa sahaja JavaBeans yang digunakan oleh aplikasi yang didaftarkan (registered) dalam fail konfigurasi JSF (faces-confiq.xml). Apabila Aplikasi JSF dimulakan ia akan menghuraikan (parse) fail tersebut dan Beans akan boleh dicapai (available). Apabila Managed Beans dirujuk(Untuk contoh dalam EL Expression sebagai nilai kepada tag atribut komponen – dipanggil sebagai value expression), Managed Bean menyediakan fasiliti menyamakan Bean dengan memanggil default constructor method pada Bean. Jika ada properties yang dinyatakan, ia juga akan termasuk dalam default values yang dinyatakan.

Untuk menjelaskan Managed Bean, anda tambah satu entry dalam Fail Konfigurasi JSF (faces-config.xml) dengan member satu nama yang simbolik yang akan digunakan untuk merujuk dan mengenalpasti class yang akan digunakan untuk instantiate bean. Anda harus menggunakan nama yang simbolik untuk mengenalpasti Bean yang apabila anda perlu untuk merujuk Bean’s Properties dan method. Kerana anda menggunakan nama yang simbolik daripada merujuk terus kepada Bean secara terus, pembentangan (presentation view) akan diasingkan dari logik aplikasi, bermakna anda boleh mengubah model tanpa mengubah paparan (view).

Pada bila-bila masa anda boleh tambah Managed Beans ke dalam fail konfigurasi JSF (faces-config.xml) dengan sama ada mengedit XML secara manual atau pun menerusi Overview Editor untuk konfigurasi fail yang menyediakan creation dialogs dan boleh melayari fitur untuk mendapatkan rujukan fail class Β untuk Bean anda.

Ini adalah sedikit yang dapat saya kongsikan bersama sesiapa yang sedang explore Bidang IT ni… La ni saya dok tengah buat research dalam bab-bab ni…





Tersilap Tarikh!

23 10 2008

Malam tadi, lepas ambil anak dan wife saya bergegas kejan depa cepat-cepat suruh bersiap nak pi Stadium tengok Semifinal Malaysia vs Vietnam kat Stadium Bukit Jalil. Wife saya memang tak ready terpaksalah dia cuba cepat. Dengan minyak tak kereta tak isi lagi kenalah isi minyak kereta dulu. Sudah isi minyak jam dah 8.27 malam. Adoi!

Saya try nak cepat tapi sangkut pulak dalam jam kat Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Selatan. Cabaran betoi dengan ramai pengguna jalanraya dok guna jalan macam depa yang buat undang-undang sendiri ja! Sampai kat area Bukit Jalil nak masuk parking, saya tengok yang dok jaga parking tak dak pun. Aik! Tengok awat Stadium gelap ja. Rupanya saya tersilap tarikh. Patutnya malam esok (hari ini). Hahaha… Naya ja. Hehehe… Wife saya dah menjeling tajam dah. Siap bawak bendera Malaysia lagi tu!

Last sekali pi makan ja kat Food court situ. Tapi service memang out! Order bihun sup, langsung tak panas kuah sup tu! Bayangkan wife saya makan tak luak pun. Kesian kat dia. Saya pujuk dia pi tempat lain, dia tak mau. Hmmm… Dah kena banned dah kedai tu dalam list saya lepas ni.

Then terus balik dan rehat sambil dok teman wife tengok TV. Then tidoq…