Mudahnya Nak Curi Kereta

7 04 2009

Sabtu minggu lepas, saya dan isteri beserta anak ke Tasik Permaisuri. Saya nak jogging manakala anak dan isteri beriadah di taman permainan Kanak-Kanak. Elok sahaja saya parking, ada seorang lelaki datang menyapa saya,”Bang ambil masa sikit boleh?”

“boleh”
“Abang sayang kereta abang?”
“ya,”  jawab saya ringkas.
“Kereta Waja abang ni kalau hilang, abang sedih tak?”
“memanglah sedih”
“Apa perasaan abang kalau saya kata, kereta abang ni senang sahaja nak dicuri”

Saya diam sahaja. Tunggu respon dia.

“Kereta Waja ni senang sahaja nak curi,” sambungnya lagi.
“Macam mana?” Saya nak tahu jugak senang macam mana…
“Baiklah saya tunjukkan,” katanya sambil menyeluk tangannya di bahagian atas tayar hadapan. Diselaknya pelapik dan menarik sesuatu secara automatiknya terbuka bonet depan kereta saya.

“Abang tahu apa saya nak buat lepas ni?”
“tak tahu”
“Kalau saya pencuri, saya akan potong wayar alarm tu,” sambil menunjukkan kepada wayar alarm.

“Lepas tu, apa saya akan buat? Saya akan bukak pintu kereta abang, saya tiada kunci, abang tahu macma mana nak bukak?”
“Tak tahu”
“Dia tunjuk pada kotak fius dan dia kata di situ dia boleh unlock kunci kereta”
“Hmmm…”
“Abang tahu macam mana saya nak start enjin kereta?”
“Tak tahu”

“Guna duit syiling 20 sen sahaja!” Jelasnya sambil menunjukkan duit Syiling 20 sen dan dia pun menunjukkan cara nak hidupkan enjin menggunakan duit 20 sen. Cuma letak pada kepala enjin tu dan pulas. Terus hidup enjin.

“Senang kan?”
“Ya, senang”
“Sekarang ni apa abang nak buat kalau nak selamatkan kereta abang? Sekarang ni orang curi kereta bawah 30 saat! Dan jual kadang kadang pada harga RM200 ja. Abang bayar bulan bulan pun lima ratus lebih orang jual RM200 ja! Angin tak?” Katanya sambil menunjukkan keratan akhbar yang dibawanya.
“Memanglah frust”

“Apa kata, abang cuba produk kami, kalau orang dapat bukak, ia tak akan dapat start kerana ia dikawal oleh sistem kami. Kalau abang nak start, abang kena ada kad atau remote control, barulah enjin dapat dihidupkan”
“Hmmm… Canggih”

Lepas tu dia pun terangkan bermacam kelebihan produknya. Pada saya memang bagus tetapi saya nampak kelemahannya sebab dia kata dia boleh tolong pasangkan dan bayar pendahuluan RM20. Lepas tu, ikut ansuran bulanan. Harga lebih kurang RM1.6K.

Hmmm… Puas dipujuknya tetapi, saya tak dapat nak beri keputusan sebab kosnya memerlukan saya membuat perancangan lebih lanjut. Saya tak suka sangat buat secara ansuran. Saya lebih suka secara cash melainkan amaunnya amat besar seperti pembelian rumah, kereta.

Tapi secanggih mana pun, tetap ada kelemahannya. Saya nampak kelemahan sistem tu. Tengok cara pasang pun mudah, kalau orang tu ada pengetahuan tentang sistem tu, senang ja nak buang.

Hmmm… Tengah dok pikiaq lagi… Tapi memang mudah sungguh orang nak curi kereta!


Tindakan

Information

8 responses

7 04 2009
amANI

dah pernah kena macam tu, tapi dia offer rm650 pastu kurang ke rm450.

mende elektronik yang dia letak sebagai additional device untuk fungsi2 lain selain alarm hanya menyebabkan centre lock dan alarm rosak di kemudian hari. harga mende ini kat kedai aksesori dalam rm100 ke bawah je.

cuma plat besi yang di letak untuk elak orang umpil kunci dari tingkap, hud & boot je yang paling berguna.

7 04 2009
Hokage

nampaknya sama konsep dengan part time ninja …

bolehnya buat fius kedua … menyambungnya ke bateri dan body …..!! jika tak hidupkan fius tu …sure kereta tak boleh start …. good … boleh caj lebih skit untuk kereta nie …

RM50.00 untuk kereta … berbaloi gak nie …

7 04 2009
AJ

cikgu,
saya pernah didatangi jurujual company yang sama..dia bikin utk myvi saya..mmg dia boleh buka bonet depan..tp dia tak dapat nak start kete dgn 10 sen yang dibawa..kalau kereta pakai enjin kaburetor mcm kancil mmg senang dia buat..hehehe..tapi mahal sangat harga device tu..tak berbaloi..maybe ada lagi device yang lebih practical dan berbaloi..

10 04 2009
saifulazrul

Amani,

Hmmm… Ada side effect? Naya kalau macam tu.

Hokage,

Berbaloi tapi kena pastikan tiada side effect.

AJ,

Teknologi makin canggih tapi pencuri pun makin canggih jugak. Jadi pening…

21 04 2009
Ahmad07

bang, pinjam artikel, nak paste kat sini:

http://curikereta.blogspot.com/

aku rase ko takyah la beli… tak berbaloi… seperti yg aku terangkan kat blog aku tu, system die sangat simple.. projek budak skolah menengah jer ni…

22 04 2009
saifulazrul

Ahmad07,

Terima kasih atas nasihat. Dan saya dah ambilkira semua perkara dan saya dah buat keputusan untuk tidak membeli produk tersebut. Cukuplah dengan alarm yang ada dan steering lock sahaja buat masa ini.

Terima kasih…

24 04 2009
Diari Saiful ::: Suatu Bingkisan Riwayat Hidup ::: » Curi Kereta

[...] Hmmm… Masih ingat dengan entri saya Mudahnya Nak Curi Kereta? [...]

21 10 2009
armyboy

salam….
ptg tadi saya didatangi 3 lelaki sembang bab curi kereta la, salah seorg tu bagi tau dgn guna garfu mkn dah blh hidupkan enjin kereta. , pada mulanya saya rasa was2 juga apa lagi dia pun demo la:
Langkah berikut:
1. dgn cabut lampu signal tepi dan buat sbgkan pos+neg- blh lumpuhkan sistem alam kereta.
2.nak buka pintu dia kata blh pakai umpil dgn pembaris atau jolok kat lubang bawah pembuka pintu.
3.last sekali dia tunjuk cara nak start kereta, guna garfu mkn, godek2 dah hidup enjin kereta saya.. terkejut juga begitu mudah.
Seterusnya saya bertanya tujuan dia org, di org kata dari sykt takashimaya menjual sistem keselamatan kereta, jenama yg disyurkan pada saya “titan”. Cam ner bro yg lain ok x sistem ni harga ditawar pada saya RM1988.00 tapi blh bayar ansuran, paling murah RM57 x 36bln dan deposit RM20.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: