Acar atau Acad atau Acaq (Dialek Kedah)

12 03 2009

Saya cuba mengenang kembali hari pertama saya bertugas di Kedah, iaitu di SMK Hosba, Jitra. Saya mula melapor diri pada hari Ahad, minggu kedua persekolahan, dalam bulan Disember 1995.

Kedatangan saya dialu-alukan Pengetua dalam perhimpunan pagi. Dua tiga kali nama saya disebut dalam perhimpunan itu. Selain diperkenalkan kepada pelajar, beliau juga membacakan biodata saya. Saya masih ingat lagi ayat beliau, “Cikgu Amin anak Perak pertama yang bertugas di sini. Jadi loghat Peraknya masih pekat.”

Selepas perhimpunan saya dibawa ke bilik guru. Di bilik guru saya berbual dengan beberapa orang guru yang telah lama berkhidmat di situ, antaranya Cikgu Mat Isa Ariffin, Cikgu Saidi Salim, Ustaz Man Kain, Ustaz Salam dan Cikgu Ismail.

Dalam bilik guru itu, saya menerima kuliah tentang penggunaan dialek Kedah. Cikgu Mat Isa memberitahu dialek Kedah cukup mudah dipelajari.

“Senang saja, Min, kalau hujung perkataan tu huruf ‘r’, hang tukaq jadi ‘q’. “

Disampuk pula oleh Cikgu Ismail, “Alor Setar jadi Aloq Setaq, tukar jadi tukaq, air jadi ayaq, pagar jadi pagaq.”

Setelah lama berbual, kamipun menuju ke kantin. Kami mempunyai banyak masa untuk berbual kerana pagi itu ada taklimat kokurikulum yang disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum dalam dewan sekolah.

Sampai di kantin, kami terus mengambil makanan dan membuat bayaran. Sambil menikmati makanan kami terus berbual tentang kebolehan dan kemampuan pelajar Hosba menghadapi peperiksaan.

Mendapati kuah dalam acar timun telah kering, saya memanggil pengusaha kantin lalu berkata, “Kak, tolong tambah ayaq acaq.”

Serentak itu berderai guru-guru yang ada di kantin ketawa sehingga ada yang tersembur makanan dalam mulut. Cikgu Mat Isa ketawa berdekah-dekah sampai menekan-nekan perut.

Setelah keadaan reda Cikgu Ismail mencelah, “Hang nak tambah ayaq acaq, Min. Hang ambik sendiri kat belakang tu, ayaq kumbahan.”

Barulah saya sedar, rupanya ada kekecualian dalam dialek Kedah untuk perkataan acar. Acar disebut acad, bukannya acaq.

source: http://wwwaminar.blogspot.com/ (12/03/2009)


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: